Sunday 23 February 2014

berhati hati dalam tingkah laku

"Aku tidak pernah melihat hal yang lebih mudah menghilangkan amal baik, lebih merosakkan hati, lebih cepat menghancurkan seorang hamba, lebih lama membuat sedih, lebih dekat pada laknat, lebih banyak membuat orang mencintai sifat riak, 'ujub dan kekuasaan... dari sedikitnya pengetahuan seorang hamba pada aib dirinya sendiri sedangkan ia hanya memandang aib orang lain."
-Syeikh as-Sarri as Saqathi al-Baghdadi-



berhati dalam setiap apa yg kita lakukan...
fikirkan lah akibat nya pada timbangan kiri atau kanan...
sentiasa bersederhana walau apa jua yg kita lakukan..

Thursday 26 December 2013

nikmat terindah dari Allah

apa nikmat terindah Allah bagi dengan kita??
apa di kepala anda? keluarga bahagia? harta?
tubuh badan yg sihat? alhamdulillah...
tapi itu bukanlah yang sebenarnya..
NIKMAT TERINDAH YG ALLAH bagi tmpat kita adalah ISLAM.

tapi sejauh mana kita mensyukuri nikmat itu?
sejauh mana kita hayati nikmat Allah beri?
atau sejauh mana sebenarnya kita menjauhi nikmat Allah tu?

Aku tidak mencipta jin dan manusia kecuali untuk beribadah kepadaKu
az zariyat ayat 56

berubah sekarang, jangan tunggu lagi.. 


#muhasabah diri mu dan aku

Saturday 16 November 2013

penghijrahan yang indah

  
setelah menyusuri pelbagai cabaran dan rintangan..
ku sedar, ku perlu kembali ke pangkal jalan..
Allah masih sayang kita..
memberi kita peluang untuk teruskan kehidupan, 
menjalani UjianNya dengan penuh ketabahan..

membiarkan hati buta tanpa cintaNya akan membuatkan kita jauh
jauh dari mendekati Nya, 
tapi akhirnya aku jatuh, tidak boleh bertahan lama di pentas dunia yang membuatkan aku lupa Dia
Allah, syukran kerana nikmat hari ini..
aku akan berusaha menjadi tabah, kerana ku tahu..
Mujahadah itu pahit, kerana syurga itu manis

menjadi seorang anak yg bertanggungjawab terhadap ibu ayah
menjadi seorang pelajar uni bertanggungjawab mencari ilmu
menjadi seorang peniaga baru.. inshaAllah, moga Allah redha dengan perjuangan ini.



Copyright © Segalanya Allah punya.Tiada kita punya Islam